Tuesday, December 22, 2009

Puisi Sajak: Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Hasil Nukilan Sampan Usang

Dari kecil hingga dewasa
perjalanan hidup pasti bermula
dan kita tidak tahu bila akhirnya

Apa yg berlaku sekarang
adalah tanda-tanda hari mendatang
kisah lama kian hilang
masa depan akan menjelang

Persoalan sering datang
masalah sering timbul
jawapan akan hilang
apabila norma hidup dicabul

Meniti hari mengikut waktu
kerana tiada perancangan yang jitu
merancang masa membina impian
semuanya adalah ketentuan

Setiap masalah seperti kita melangkah
setiap cubaan meniti anak tangga
terpulang pada kita untuk meneruskan
kerana kejayaan ada di depan

Kesilapan lumrah kejadian
tidak sempurna sifat abadi
kejadian manusia untuk dipelajari

Jauh perjalanan luas pemandangan
semakin dekat semakin kenal
semakin resah untuk hadapi
itu petanda ajal nak tiba

Hadapi lah ia dengan sempurna
waktu malam akan terang
jika terbit matahari

Wednesday, December 9, 2009

Puisi Lagu: Kau Teristimewa EDUCARE

oleh: sampan usang

Susah payah kami harungi
berbulan bulan lama kami ceburkan diri
kini tersenyum indah impian jadi realiti
untuk masa depan pelajar universiti

Dari tahun 2001
educare gah di persada MMU
perjalanan jauh sukar di tempuh
untuk mencapai impian yang satu....ooooo

chorus:
Tenaga kerja yang berlipat ganda
tangis tawa satu perkara biasa
biarlah susah senang kami tempuh bersama
hidup kami satu keluarga

lagu: sampan usang
lirik: Fairuza dan Nurul Aizam (NAZ)
penyanyi : Putri Nur Aina

P/s Educare bermula tahun 2001 kemudian berkubur pada tahun 2006 dan kini EDUCARE kembali, insyaAllah pada tahun 2010. Nantikan kemunculannya.

EDUCARE = Education and Career Fair anjuran sepenuhnya oleh University Peer Group(UPG) dan ini merupakan salah satu program yang menaikkan nama UPG ke peringkat tertinggi.

Puisi Sajak: Yang Terbaek

nukilan ikhlas dari sampan usang

Dunia di cipta penuh keindahan
setiap kejadian penuh hikmah
kejadian manusia penuh kebaikan
menjadi khalifah di bumi yang indah

Aku...
aku gah dalam kehidupan..
Hidupku....
hidupku tidak diberi peringatan....
Aku...
aku terus dalam kealpaan..
terus mencari tanpa arah tujuan...

Dalam aku mencari
dan terus mencari
mencari yang terbaek untuk diri

Aku terlupa untuk mempelajari
aku terlupa untuk menghayati
aku terlupa mengenal diri

Mempelajari dari kesilapan
menghayati penuh keinsafan
mengenal diri untuk maju ke depan


Terlalu asyik mencari yang terbaek
aku ego
aku bongkak
aku sombong
aku riak
tidak bersyukur dengan apa yang ada
menganggap diri gah di singgahsana

Aku lah raja
aku lah sultan
hidupku penuh kesenangan
apa ku mahu ingin ku dapat
tanpa matlamat yang tepat

Dalam kita mencari yang terbaek
kita sering terlupa tentang diri kita
adakah kita yang terbaek...
buatlah yang terbaek
insya Allah, yang dtg jua adalah yang terbaek

p/s semoga diri ini menjadi yang terbaek untuk agama, bangsa dan negara..amiin

Thursday, November 26, 2009

Puisi Lagu: Buat Ibu Terchenta~

oleh: Sampan usang

Dengarkan Ibu Terchenta
Lagu Dari Anakmu Yang Manja
Kau mengajarku Erti Dewasa
Untuk Menjadi Insan Berguna

Wahai Ibuku Terchenta
Demimu ku berkorban apa saja
Walaupun hanya Sedikit cuma
Ku Harap ibu bergembira

ermm....ibu terchenta
Ku iringkan doa bersama
Agar kau berbahagia di sana
Dirimu tetap di dalam jiwa

p/s Langit Hijau ,gelaran ibu ku ketika muda. Sebelum lirik lagu tercipta, niat di hati ingin menghiburkan ibu yang terlantar sakit tapi tidak kesampaian. ku hanya mampu dendangkan ketika ibu sudah tiada dengan lirik yang berbeza. Tanggal 14 November yang lepas, genap sudah 2 tahun si langit hijau pergi meninggalkan si sampan usang. Semoga kamu berbahagia di sana. Ku iringkan doa bersama. SiLangit Hijau, ku merinduimu. Al-Fatihah~

Thursday, November 12, 2009

Puisi Sajak: Tuan Puteri di Singgahsana

Hasil nukilan bujang cendana dan sampan usang

Assalamualaikum Pembuka bicara
Patik putera Tujuh berkurun
Bermudik dari hulu ke hilir
Demi Mencari Puteri khayalan
Yang sering muncul di kaca mimpi

Hanya berbekalkan sampan yang usang
Patik sampai di bukit kenangan
Membawa seribu harapan
Jika benar mimpi patik
Puteri Kayangan Gembala Sari
ada bersembunyi di bukit ini
Muncullah di hadapan patik
Agar dapat patik melihat
Kecantikanmu wahai puteri kesuma dewi

Sehelai sirih, semangkuk cengkih
selendang sutera bunga kenanga
menjadi tanda cinta setia
izinkan patik pacal yang hina
menjadikan puteri permaisuri di hati
walau berpisah sejauh mana
akan patik jejaki sampai ke mati

patik cacat dalam gembira
patik lumpuh dalam ketawa
patik hina dalam bahagia
tapi wahai tuan puteri
patik riang dalam duka
kesedihan akan dikongsi bersama
kesusahan akan diharungi jua
walau berat dugaan di timpa
patik rela berkorban nyawa...

p/s bujang cendana kini di dalam gua, moga moga ada pelita, agar dapat menerangi perjalanan hidup yang muda... :)

Saturday, October 10, 2009

Puisi Pantun: Salam Perkenalan

Salam Perkenalan..

Nantikan kemunculan sampan usang di muara Sungai Melaka.

Berdayung-dayung dari muara,
Bermain air di hulu sungai,
Blog terulung akan menjelma,
Semoga terhibur sahabat handai...

Ku undur diri buat seketika, mungkin sepurnama kembali jua.

wassalam...:)