Sunday, July 29, 2012

Abah, Maafkan Syah ...


Berkorban apa saja
Buat Abah tercinta
Moga sihat sejahtera
Moga dapat beribadah …

Abah… Abah…
Abah, maafkan Syah …

Kuatkan semangatmu
Mengharung segala dugaan
Aku di sampingmu
Anak kesayangan …

Allah…Allah…
Allah, Ampunkan Abah…

Allah…Allah…
Allah, Selamatkan Abah…

Apa pun yang terjadi
Ku terima dengan Redho
Semua ketentuan Illahi
Moga sabar ku tegoh…

Allah…Allah…
Engkau Maha Berkuasa

Allah..Allah…
Aku sangat sayang ABAH …Abah, Maafkan Syah …

Saturday, January 21, 2012

Selamat Malam .. :)



Selamat Malam Bulan ...
Selamat Malam Bintang ...

Jangan kau muncul di waktu siang ...

Ku rindukan embun pagi ...
Ku rindukan ayam bekokok ...

Moga yang terbaik pada hari esok ...

:)

Friday, December 30, 2011

HEBAT di 2012 :)


Sentiasa berfikiran HEBAT
Bertindak seperti orang HEBAT
Berserah dan tawakal kepada yang MAHA HEBAT

Ingat
Dugaan HEBAT hanya untuk orang yang HEBAT!!!

30/12/2011

Friday, September 30, 2011

Aku Risau


aku risau
dan semakin risau

aku risau
dengan orang sasau

bila bercakap tidak pernah kisah
sanggup ketepikan hukum Allah

kerana takut undi di ragut
dia bercakap ikut sedap mulut

tidakkah KAU TAKUT NYAWA KAU akan DICABUT????

TARIK BALIK kata-kata mu itu
Sedarkah KAU pemimpin no 1!!!
aku risau dengan tanahairku
takut-takut kering menjadi debu ...

Taubat lah
Taubat Nasuha
Kembali ke jalan Allah!!!

via Sampan Usang
1 Zulkaedah 1432

Sunday, September 25, 2011

Tenang :)



Hati itu milik ALLAH

Perasaan marah, resah, gelisah, cinta
suka dan ragu adalah makhluk ciptaan Nya

Manusia selalu membuat kita gersang
tapi ALLAH kan selalu membuat kita tenang :)




Tuesday, September 13, 2011

Sejarah tetap sejarah




Kata Winston Churchill ,
" Sejarah ditulis oleh orang yang menang"
Mereka ini dianggap pejuang
Berhaluan kiri dianggap penentang

Kenapa sejarah perlu di ubah???
Pencinta kebenaran pasti gelisah
Segala yang dusta menjadi fakta

Kesian anak bangsa
Ditipu mentah-mentah
Penuh yakin bila berhujah
Rupanya sejarah telah di ubah

George Santayana berpesan ,
" Mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan "
Di suatu masa, akan terbit kebenaran

Biarlah sejarah itu pahit
Moga kita tak leka dan terus bangkit
Fakta sejarah tidak patut diselewengkan
Biarlah ia kekal menjadi warisan

Bersatulah!!! Jangan bertelagah!!!
Risau-risau negara kita kembali di jajah
Tika itu nasi dah jadii bubur
Semuanya akan terkubur .. Nauzubillah

via Sampan Usang
11 Syawal 1432