Wednesday, December 9, 2009

Puisi Sajak: Yang Terbaek

nukilan ikhlas dari sampan usang

Dunia di cipta penuh keindahan
setiap kejadian penuh hikmah
kejadian manusia penuh kebaikan
menjadi khalifah di bumi yang indah

Aku...
aku gah dalam kehidupan..
Hidupku....
hidupku tidak diberi peringatan....
Aku...
aku terus dalam kealpaan..
terus mencari tanpa arah tujuan...

Dalam aku mencari
dan terus mencari
mencari yang terbaek untuk diri

Aku terlupa untuk mempelajari
aku terlupa untuk menghayati
aku terlupa mengenal diri

Mempelajari dari kesilapan
menghayati penuh keinsafan
mengenal diri untuk maju ke depan


Terlalu asyik mencari yang terbaek
aku ego
aku bongkak
aku sombong
aku riak
tidak bersyukur dengan apa yang ada
menganggap diri gah di singgahsana

Aku lah raja
aku lah sultan
hidupku penuh kesenangan
apa ku mahu ingin ku dapat
tanpa matlamat yang tepat

Dalam kita mencari yang terbaek
kita sering terlupa tentang diri kita
adakah kita yang terbaek...
buatlah yang terbaek
insya Allah, yang dtg jua adalah yang terbaek

p/s semoga diri ini menjadi yang terbaek untuk agama, bangsa dan negara..amiin

2 comments:

Anonymous said...

setiap insan tidak lekang dgn kesilapan.. namun pasti ada jalan membaiki diri :) sama2 kita berlumba ke arah kebaikan

Sampan Usang said...

setiap kebaikan pasti di uji. adakah kita benar-benar ikhlas melakukan. moga segala apa yang kita lakukan, ikhlas kerana Allah, moga kita mendapat ganjaran yang dijanjikan :)