Tuesday, December 22, 2009

Puisi Sajak: Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Hasil Nukilan Sampan Usang

Dari kecil hingga dewasa
perjalanan hidup pasti bermula
dan kita tidak tahu bila akhirnya

Apa yg berlaku sekarang
adalah tanda-tanda hari mendatang
kisah lama kian hilang
masa depan akan menjelang

Persoalan sering datang
masalah sering timbul
jawapan akan hilang
apabila norma hidup dicabul

Meniti hari mengikut waktu
kerana tiada perancangan yang jitu
merancang masa membina impian
semuanya adalah ketentuan

Setiap masalah seperti kita melangkah
setiap cubaan meniti anak tangga
terpulang pada kita untuk meneruskan
kerana kejayaan ada di depan

Kesilapan lumrah kejadian
tidak sempurna sifat abadi
kejadian manusia untuk dipelajari

Jauh perjalanan luas pemandangan
semakin dekat semakin kenal
semakin resah untuk hadapi
itu petanda ajal nak tiba

Hadapi lah ia dengan sempurna
waktu malam akan terang
jika terbit matahari

No comments: