Saturday, August 27, 2011

Subuh Bangsaku

Bangsaku
Sudah sampai ke penghujung
Ayuh! Kita bergabung

Usah bergaduh
dek perkara remeh
umpama budak hingus yang meleleh

Tidakkah kau sedar
Kita semakin pudar

Kelak
Bangsa berilmu
Kan beraja di tanah melayu

Di barat, Islam mengembang
sedangkan di sini, Islam semakin bimbang

Kata si anak kecil itu
AYUH!!! BANGSAKU... BANGUNLAH!!!
Kita BERTEMANKAN ISLAM
Kita penuhkan ILMU di DADA
Kita tegakkan BANGSA MELAYU
Kita jadikan MELAYU HEBAT di PERSADA DUNIA

Ingatkah pada sejarah
Kita punya empayar
Dari melaka ke bumi china

Bersatulah bangsaku
Sejengkal tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

via Sampan Usang
Subuh 27 Ramadhan
1432


Tuesday, August 16, 2011

Darussalam ...

(Gambar sekadar hiasan)

Kita berada di dalam gua , gelap gelita
Gua idaman semua pengembara
Emas, Intan, Berlian semuanya ada
Jika di ambil, tujuh keturunan mewah belaka

Tapi apakan daya
Tangan kaki kami diikat
Hanya mata saja melihat

Ya Allah, jika benar di sini jalan cerita kami
Buka kan lah ikatan ini
Agar kami dapat berbakti

via Sampan Usang
Ramadhan 1432


Monday, August 8, 2011

Takluk Dunia kerana Allah

Bismillah awal bicara~

Betul kan Niat mu
Perbaiki Diri mu
Baru Dunia, kamu teraju ...

via Sampan Usang Ramadhan 1432

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattob r.a, kata beliau:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Hanyasanya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat.
Hanyasanya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.

Oleh itu sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya
adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yang berhijrah kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, August 5, 2011

Cinta Si Bunga Ros Merah


Turun ku di singgahsana
Menempuh gaung
Mendaki gunung

Sanggup ku calarkan badan ku
dengan luka-luka kecil yang berdarah

Jika aku tidak dapat ros merah
Pastiku warnakan ros putih dengan darah merah ku
Agar ku dapat memenuhi citarasa mu ...